Dikemaskini pada 17 Oktober 2023.

Notis privasi

Notis Privasi ini bertujuan untuk membantu anda memahami amalan privasi Versuni Netherlands B.V. (Claude Debussylaan 88, 1082MD, Amsterdam, the Netherlands) dan anggota gabungan serta anak syarikatnya, selepas ini dirujuk sebagai "Versuni" atau "kami".

Versuni memasarkan portfolio jenama ikonik: Philips, Saeco, Gaggia, Preethi, Philips Walita, L'OR Barista, dan Senseo.

Pengenalan

Versuni menghargai minat yang anda tunjukkan terhadap syarikat, produk dan perkhidmatan kami dengan melawati laman web kami atau saluran komunikasi lain, termasuk, tetapi tidak terhad pada, aplikasi, laman media sosial dan/atau saluran dan blog kami.

Notis Privasi ini merujuk pada data peribadi yang mungkin akan kami kumpulkan atau proses apabila anda berinteraksi dengan Versuni. Anda boleh berinteraksi dengan kami melalui laman web kami, melalui pembelian produk kami dan penggunaan perkhidmatan kami, melalui komunikasi pemasaran, dan melalui bantuan pelanggan kami.

Untuk mewujudkan pendekatan global bagi perlindungan Data Peribadi dan membenarkan pemindahan data dalaman antara syarikat kumpulan kami di seluruh dunia, Versuni telah menerima pakai Dasar Privasi Versuni dan memeterai perjanjian perkongsian data dalam kumpulan, dengan klausa kontrak standard Eropah sebagaimana yang diperlukan. Peraturan privasi Eropah (GDPR) berfungsi sebagai asas untuk dasar privasi dan amalan privasi kami.

Anda telah menunjukkan kepercayaan anda kepada kami dengan berinteraksi dengan Versuni dan kami menghargai kepercayaan itu. Kami komited untuk melindungi privasi anda pada setiap masa. 

Apakah data peribadi yang kami kumpulkan dan untuk tujuan apa?

Apabila menggunakan istilah data peribadi, kami bermaksud maklumat yang berkaitan dengan anda dan yang membolehkan kami mengenal pasti anda, sama ada secara langsung atau digabungkan dengan maklumat lain yang mungkin kami miliki.

Data Akaun

Apabila anda membuat keputusan untuk mencipta akaun dengan kami, kami mungkin akan mengumpulkan data peribadi berikut:
  • Nama pertama (pilihan)
  • Nama keluarga (pilihan)
  • Nama profil (pilihan)
  • Alamat e-mel
  • Alamat rumah, bandar, dan poskod (pilihan)
  • Nombor telefon mudah alih (bergantung pada negara)
  • Data akaun media sosial (sekiranya anda mencipta akaun melalui akaun Media Sosial anda)
  • Negara dan bahasa anda
  • Tarikh lahir (pilihan)

Kami mungkin akan menggunakan data peribadi ini untuk berkomunikasi dengan anda dan mengenal pasti anda serta data yang kami ada tentang anda dalam pangkalan data kami. Dengan akaun tersebut, kaedah pemasaran pilihan anda akan diuruskan.

Anda boleh menggunakan akaun tersebut untuk mendaftarkan produk anda dengan kami untuk waranti (lanjutan) dan/atau untuk menggunakan aplikasi mudah alih kami, untuk membeli produk dan perkhidmatan kami serta menyemak sejarah pesanan anda. Anda juga boleh menguruskan langganan anda dengan akaun anda dan/atau mengambil bahagian dalam ujian dan/atau promosi kami dan/atau memberikan maklum balas anda kepada kami. Sekiranya anda menggunakan aplikasi kami, anda boleh memilih perkakas anda dan menandakan kandungan aplikasi yang anda minati dengan akaun anda.

Anda mempunyai kawalan terhadap data yang anda kongsikan dengan kami semasa membuat akaun anda. Anda boleh memadamkan akaun anda pada bila-bila masa apabila anda log masuk dan pilih padam akaun saya di bawah tetapan.

Kami menganggap pemprosesan data akaun anda adalah perlu bagi pelaksanaan kontrak yang melibatkan anda.

Data Pembelian & Pendaftaran

Apabila anda membeli produk/perkhidmatan Versuni di kedai dalam talian kami, kami mungkin akan mengumpulkan data peribadi berikut:
  • Alamat penghantaran dan invois
  • Nombor telefon
  • Nama profil (pilihan)
  • Sejarah invois (gambaran keseluruhan produk/perkhidmatan Versuni yang dibeli)
  • Butiran produk/perkhidmatan anda (cth. nama produk/perkhidmatan, kategori produk, nombor model produk, tarikh pembelian, bukti pembelian).

Kami mungkin akan menggunakan data peribadi ini untuk melengkapkan pembelian anda dan/atau mendaftarkan produk anda.

Kami menganggap pemprosesan data pembelian dan pendaftaran anda adalah perlu bagi pelaksanaan kontrak yang melibatkan anda.

Data Maklum Balas Dalam Talian

Anda boleh memilih untuk memberikan maklum balas, komen, soalan, penilaian dan ulasan anda dalam penilaian dalam talian (maklum balas dalam talian).

Apabila anda menggunakan peluang ini, kami mungkin akan memproses data peribadi berikut:
  • ID kuki anda;
  • Kandungan maklum balas/komen/soalan/ulasan penilaian anda;
  • Butiran hubungan anda sekiranya anda memberikannya kepada kami.

Kami mungkin akan menggunakan data peribadi ini untuk mendapatkan pandangan yang berharga dan untuk menambah baik halaman, produk dan perkhidmatan Versuni kami.

Kami menganggap pemprosesan data maklum balas dalam talian anda adalah berdasarkan persetujuan anda dan kepentingan kami yang sah.

Data pendengaran sosial

Apabila anda berinteraksi atau berkomunikasi di saluran media sosial/laman/promosi dan blog (cth. apabila anda mengklik pada 'suka' atau 'kongsi', apabila anda menyiarkan dan berkongsi komen dan apabila anda menghantar penilaian dan ulasan) data peribadi anda mungkin akan diproses oleh pihak ketiga yang menyediakan perkhidmatan pendengaran sosial kepada Versuni. Ini bermakna pihak ketiga yang menyediakan perkhidmatan pendengaran sosial akan mengekalkan salinan interaksi anda yang tersedia pada umum dalam talian dan memberikan kami akses ke salinan interaksi tersebut.

Data peribadi yang mungkin kami kumpulkan dalam hal ini termasuk data yang tersedia pada umum yang diberikan oleh anda dalam konteks media sosial. Ini mungkin akan termasuk data seperti: nama, jantina, tarikh lahir atau umur, halaman utama, foto profil, zon waktu, alamat surat-menyurat, negara, minat, komen dan kandungan yang telah anda siarkan/kongsikan.

Kami mungkin akan menggunakan data peribadi ini untuk mendapatkan pandangan umum tentang kami, untuk mengikuti perkembangan pempengaruh dalam talian, untuk menyelesaikan isu, untuk menambah baik produk dan perkhidmatan kami, dan/atau untuk memulakan perbualan berhubung promosi dengan anda (berdasarkan soalan/permintaan yang anda ajukan kepada kami atau pesaing kami).

Kami menganggap pemprosesan data pendengaran sosial dalam konteks di atas adalah berdasarkan persetujuan anda dan minat kami yang sah.

Data Layanan Pelanggan

Apabila anda berkomunikasi dengan salah seorang wakil Layanan Pelanggan Versuni kami melalui e-mel, telefon, sembang dalam talian atau secara bertulis, kami mungkin akan memproses data peribadi berikut:
  • Rakaman panggilan anda, sejarah komunikasi, sejarah pembelian, pengalaman anda, kandungan soalan anda.

Kami mungkin akan menggunakan data peribadi ini untuk memberikan anda bantuan pelanggan, menjawab pertanyaan anda, memenuhi permintaan anda dan memberikan anda perkhidmatan yang berkaitan (seperti: membaiki atau menebus produk/perkhidmatan). Kami juga mungkin akan menggunakan data peribadi ini untuk menambah baik, memperbaik dan menyesuaikan produk dan perkhidmatan kami bagi memenuhi standard pematuhan dan untuk mengajar pekerja Layanan Pelanggan kami semasa latihan.

Kami menganggap pemprosesan data peribadi anda adalah perlu bagi pelaksanaan kontrak yang melibatkan anda. Dalam kes lain, kami menganggap pemprosesan data peribadi anda ini adalah berdasarkan kepentingan sah kami.

Meningkatkan produk dan perkhidmatan kami

Kami mungkin akan mengumpulkan data peribadi daripada anda, semasa anda menggunakan produk/perkhidmatan Versuni dan/atau melawati laman web Versuni kami untuk tujuan analisis. Kami mungkin akan melakukan perkara ini untuk menambah baik produk/perkhidmatan kami dan/atau untuk meningkatkan pengalaman pengguna. Kami juga mungkin akan melakukan perkara ini bagi mendapatkan pandangan berkenaan jenis khalayak yang mungkin berminat dengan produk dan/atau perkhidmatan kami.

Kami menganggap pemprosesan data peribadi anda ini adalah berdasarkan persetujuan anda dan kepentingan kami yang sah.

Data Sensitif

Walaupun bukan tujuan asal, kami mungkin akan mengumpulkan maklumat yang boleh mendedahkan butiran tentang kesihatan fizikal atau mental anda semasa menyediakan perkhidmatan kepada anda. Maklumat sedemikian dianggap sebagai data peribadi yang sensitif. Secara umum, kami meminta supaya anda mengelakkan daripada berkongsi data sensitif dengan kami melainkan ini perlu dalam konteks tertentu.

Kami hanya mengumpulkan data sensitif apabila anda telah memberikan kebenaran yang jelas, apabila ini diperlukan, atau selepas anda sengaja mendedahkannya kepada umum. Kami menganggap pemprosesan data peribadi sensitif anda seperti yang diterangkan di atas adalah perlu bagi pelaksanaan kontrak yang melibatkan anda atau (dalam kes yang luar biasa) adalah berdasarkan kepentingan sah kami.

Berkongsi Data Peribadi anda dengan orang lain

Anggota gabungan dan pembekal perkhidmatan

Kami mungkin akan mendedahkan data peribadi anda, setakat yang perlu:
  • Kepada anggota gabungan dan anak syarikat kami, hanya untuk tujuan yang diterangkan dalam Notis Privasi ini
  • Kepada pembekal perkhidmatan pihak ketiga kami, yang menyediakan perkhidmatan seperti pengehosan laman web, analisis data, pemprosesan pembayaran/bil, pemenuhan pesanan, teknologi maklumat dan peruntukan infrastruktur yang berkaitan, perkhidmatan pelanggan, penghantaran e-mel, CRM, pengurusan identiti, pengurusan acara, risikan pemasaran, pengauditan, pengesanan penipuan dan perkhidmatan lain
  • Kepada pihak ketiga, untuk membenarkan mereka menghantar komunikasi pemasaran kepada anda, selaras dengan pilihan anda (hanya jika anda telah memilih masuk)
  • Kepada kenalan anda yang dikaitkan dengan akaun media sosial anda, kepada pengguna laman web lain dan kepada pembekal akaun media sosial anda, berkaitan dengan aktiviti perkongsian sosial anda.

Kegunaan dan pendedahan lain

Kami juga mungkin akan menggunakan dan mendedahkan data peribadi anda mengikut keperluan atau kesesuaian:
  • Untuk menguatkuasakan syarat-syarat kami,
  • Untuk mematuhi undang-undang yang berkaitan,
  • Untuk menjawab permintaan daripada pihak berkuasa awam dan kerajaan,
  • Untuk bekerjasama dengan penguatkuasaan undang-undang,
  • Atas sebab undang-undang yang lain,
  • Untuk melindungi hak, privasi, keselamatan atau harta daripada kami dan/atau anda atau orang lain.

Selain itu, kami mungkin akan menggunakan, mendedahkan atau memindahkan data peribadi anda kepada pihak ketiga sekiranya berlaku sebarang penyusunan semula, penggabungan, penjualan, usaha sama, penyerahan hak, pemindahan atau pelupusan lain terhadap semua atau mana-mana bahagian perniagaan, aset atau saham kami (termasuk yang berkaitan dengan kebankrapan atau sebarang prosiding yang serupa).

Perkhidmatan pihak ketiga

Notis Privasi ini tidak merujuk pada, dan kami tidak bertanggungjawab ke atas, privasi, maklumat, atau amalan lain mana-mana pihak ketiga termasuk mana-mana pihak ketiga yang mengendalikan sebarang laman web atau perkhidmatan yang dipautkan dengan laman web Versuni. Perlu diambil perhatian bahawa pemasukan pautan pada laman web Versuni tidak menandakan sokongan kami terhadap laman atau perkhidmatan yang dipautkan itu.

Kami tidak bertanggungjawab terhadap pengumpulan, penggunaan, pendedahan maklumat atau dasar keselamatan atau amalan organisasi lain, seperti Facebook, Apple, Google, Microsoft atau mana-mana pihak ketiga lain seperti pembangun aplikasi, pembekal aplikasi, pembekal platform media sosial, pembekal sistem pengendalian, pembekal perkhidmatan wayarles atau pengeluar peranti, termasuk yang berkenaan dengan sebarang data peribadi yang anda dedahkan kepada organisasi lain melalui atau berkaitan dengan laman web Versuni. Pihak ketiga ini mungkin mempunyai notis, pernyataan atau dasar privasi mereka sendiri. Kami menyarankan supaya anda menyemak syarat mereka bagi memahami cara data peribadi anda yang mungkin akan diproses oleh mereka.

Kuki pihak ketiga atau teknologi penjejakan lain

Kami mungkin akan menggunakan kuki atau teknologi yang serupa apabila anda berinteraksi dengan laman web Versuni, atau apabila anda melawati laman web kami, menggunakan laman media sosial kami, menerima e-mel kami, menggunakan aplikasi mudah alih kami dan/atau peranti yang disambungkan. Dalam kebanyakan kes, kami tidak akan dapat mengenal pasti anda secara langsung daripada maklumat yang kami kumpulkan menggunakan teknologi ini.

Data yang dikumpulkan digunakan untuk:
  • Memastikan bahawa saluran digital berfungsi dengan betul;
  • Menganalisis penggunaan saluran digital supaya kami dapat mengukur dan meningkatkan prestasi saluran digital kami;
  • Menyambung ke rangkaian media sosial anda dan membaca ulasan;
  • Menyesuaikan pengiklanan mengikut minat anda, di dalam dan di luar saluran digital Versuni.

Anda boleh menolak atau memadamkan kuki jika anda mahu; walaupun kuki tertentu diperlukan untuk melihat dan menavigasi laman web atau aplikasi, kebanyakan ciri boleh diakses tanpa kuki. Kami merujuk pada Pernyataan Kuki dan Notis Kuki di titik sentuh yang berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Cara kami melindungi Data Peribadi

Kami menggunakan langkah-langkah organisasi, teknikal dan pentadbiran untuk melindungi data peribadi yang diamanahkan kepada kami. Malangnya, tiada sistem penghantaran atau storan data yang dijamin selamat 100%. Jika anda mempunyai keraguan tentang tahap keselamatan dalam interaksi anda dengan kami, sila maklumkan kami dengan segera melalui bahagian “Hubungi kami?” di bawah.

Berapa lama data peribadi akan disimpan?

Kami akan menyimpan data peribadi anda selama yang diperlukan atau dibenarkan berdasarkan tujuan data tersebut diperoleh. Kriteria yang digunakan untuk menentukan tempoh pengekalan kami termasuk: (i) tempoh masa kami mempunyai hubungan berterusan dengan anda; (ii) sama ada terdapat kewajipan undang-undang yang tertakluk terhadap kami; atau (iii) sama ada pengekalan adalah lebih baik memandangkan kedudukan undang-undang kami (cth., statut pembatasan, litigasi atau penyiasatan pengawalseliaan). Selepas tamat tempoh pengekalan, data peribadi anda akan dipadamkan dan/atau dianggap sebagai bukan peribadi.

Bidang kuasa dan pemindahan rentas sempadan

Data peribadi anda mungkin akan disimpan dan diproses di mana-mana negara tempat kami mempunyai kemudahan atau tempat kami terlibat dengan pembekal perkhidmatan, dan dengan menggunakan laman web, produk dan perkhidmatan Versuni, anda membenarkan pemindahan Data Peribadi anda ke negara di luar negara anda bermastautin, yang mungkin mempunyai peraturan perlindungan data yang berbeza daripada peraturan negara anda. Dalam keadaan tertentu, mahkamah, agensi penguatkuasaan undang-undang, agensi pengawalseliaan atau pihak berkuasa keselamatan di negara lain tersebut mungkin berhak untuk mengakses (sebahagian daripada) pangkalan data kami.

Jika anda berada di Kawasan Ekonomi Eropah (EEA), data peribadi anda mungkin akan dipindahkan ke negara bukan EEA yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Eropah sebagai menyediakan tahap perlindungan data yang mencukupi mengikut piawaian EEA. Dalam keadaan yang luar biasa, data peribadi anda juga mungkin akan dipindahkan ke negara yang tidak dianggap mencukupi oleh Suruhanjaya Eropah. Untuk pemindahan dari EEA ke negara sedemikian yang tidak dianggap mencukupi, kami menggunakan langkah yang mencukupi untuk melindungi data peribadi anda.

Hak dan pilihan anda

Jika anda ingin menyerahkan permintaan privasi (setakat mana hak ini diberikan kepada anda oleh undang-undang yang terpakai), anda boleh menghubungi kami melalui Hubungi | Versuni. Kami akan memberikan respons terhadap permintaan anda selaras dengan undang-undang yang terpakai.

Dalam permintaan anda, sila jelaskan jenis data peribadi yang ingin anda ubah, sama ada anda ingin data peribadi anda dipadamkan daripada pangkalan data kami, atau sebaliknya beritahu kami permintaan privasi anda secara khusus. Untuk perlindungan anda, kami hanya boleh melaksanakan permintaan berkenaan data peribadi yang dikaitkan dengan akaun anda, alamat e-mel anda atau maklumat akaun lain yang anda gunakan untuk menghantar permintaan anda kepada kami, dan sila ambil maklum bahawa kami mungkin akan perlu mengesahkan identiti anda sebelum melaksanakan permintaan anda.

Sila ambil maklum juga bahawa kami mungkin akan perlu menyimpan maklumat tertentu untuk tujuan penyimpanan rekod dan/atau untuk melengkapkan sebarang urus niaga yang anda mulakan sebelum menyerahkan permintaan anda. Mungkin akan ada saki-baki maklumat yang kekal dalam pangkalan data kami dan rekod lain (cth., rekod sandaran).

Jika anda telah memilih masuk dan tidak lagi mahu menerima e-mel berkaitan pemasaran daripada kami, anda boleh memilih keluar dengan mengklik butang nyahlanggan di bahagian bawah setiap e-mel promosi yang anda terima daripada kami. Kami akan mematuhi permintaan anda secepat mungkin. Anda mungkin akan masih menerima beberapa mesej promosi sebelum pemilihan keluar berkuat kuasa. Sila ambil maklum bahawa jika anda memilih keluar daripada menerima e-mel berkaitan pemasaran daripada kami, kami masih boleh menghantar mesej pentadbiran kepada anda, yang tidak boleh dipilih keluar.

Jika menggunakan pilihan dan hak privasi anda, anda mungkin tidak akan dapat menggunakan secara keseluruhan atau sebahagian Perkhidmatan Versuni tertentu.

Maklumat khas untuk ibu bapa

Laman Versuni, produk dan perkhidmatan kami tidak ditujukan kepada kanak-kanak, seperti yang ditakrifkan di bawah undang-undang yang terpakai, dan bukan niat kami untuk memproses data peribadi daripada kanak-kanak. Dasar kami menghendaki kami mematuhi undang-undang apabila kebenaran ibu bapa atau penjaga diperlukan sebelum mengumpulkan, menggunakan atau mendedahkan data peribadi kanak-kanak. Kami menggalakkan ibu bapa dan penjaga supaya mengambil peranan aktif dalam aktiviti dan minat dalam talian anak-anak mereka.

Jika ibu bapa atau penjaga menyedari bahawa anak mereka telah memberikan data peribadi kepada kami tanpa kebenaran mereka, sila hubungi kami.

Hubungi kami?

Jika anda mempunyai sebarang soalan tentang Notis Privasi ini atau tentang cara Versuni memproses data peribadi anda, sila hubungi kami melalui pilihan layanan pengguna Versuni yang tersedia di negara anda (melalui telefon, e-mel atau sembang dalam talian). Anda juga boleh menghubungi Pegawai Perlindungan Data kami melalui [1}[2}Hubungi | Versuni{3]{4]. Sebagai alternatif, anda boleh menghantar surat ke Versuni, untuk perhatian: Group Legal (Privacy), Claude Debussylaan 88, 1082 MD Amsterdam, the Netherlands. Hubungi | Versuni. Sebagai alternatif, anda boleh menghantar surat ke Versuni, untuk perhatian: Group Legal (Privacy), Claude Debussylaan 88, 1082 MD Amsterdam, the Netherlands.

Di bawah undang-undang yang terpakai, anda mempunyai hak untuk membuat aduan kepada pihak berkuasa penyeliaan yang kompeten dalam negara atau wilayah anda.